Sebanyak 42 keluarga berpindah ke lokasi selamat selepas beberapa perkampungan di Janda Baik dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak malam tadi. <br /><br />Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.27 pagi dan usaha menyelamat dan memindahkan mereka yang terperangkap masih diteruskan sehingga kini.
